Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Pengurus Cawangan Nahdhatul Ulama (NU) Solo mengecam pembakaran pondok Syiah di Madura pagi tadi. Tindakan tersebut dianggap sangat bertentangan dengan semangat tolak ansur."Kita mengecam semua tindakan anarki, baik yang dilakukan perseorangan maupun ormas (organisasi). Pembakaran pesantren tersebut sangat anarkis," kata Ketua PCNU Solo, Akhmad Helmy Sakdillah kepada VIVAnews.com di Solo.Menurutnya, kes tersebut telah mencemarkan semangat tolak ansur yang telah lama diamalkan secara meluas di Indonesia. Beliau mempertikaikan kejadian rusuhan tersebut sedangkan Islam mengajar umatnya bermusyawarah.Katanya sebarang permasalahan yang membabitkan agama sepatutnya dilaporkan kepada Majelis Ulama Indonesia (MUI) atau agensi kerajaan yang menguruskan masyarakat awam.Pagi tadi, sekumpulan penduduk yang memperalatkan nama Sunni bertindak membakar Pesantren Misbahul Huda yang dikelolakan pengikut mazhab Syiah. Selain satu surau, tiga rumah penduduk juga turut dibakar.
28 Disember 2011 - 20:30
News ID: 287299
Pengurus Cawangan Nahdhatul Ulama (NU) Solo mengecam pembakaran pondok Syiah di Madura pagi tadi. Tindakan tersebut dianggap sangat bertentangan dengan semangat tolak ansur.